#TIPSCANTIK 8 : MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari atau secukupnya yang diperlukan oleh badan anda.
Kekal terhidrat dan pastikan badan anda mengandungi banyak air bermaksud badan anda akan berfungsi dengan lebih baik dari segi mengekalkan tahap kesihatan dan kebersihan kulit anda.
Mengapa air sangat penting kepada kulit kita?
Cuba kita lihat sungai yang kering airnya, tanah akan jadi merekah, betul tak? Begitu juga dengan kulit kita. Jika badan kita tidak cukup air, kulit kita akan jadi kering dan berkuping.
Air sangat penting dalam meningkatkan warna dan tekstur kulit di mana air membantu sel baru dihasilkan dengan baik. Minum air secukupnya dapat membantu kulit menjalankan tugasnya mengawal suhu badan melalui perpeluhan.
Apa yang akan jadi kepada kulit anda sekiranya anda tidak minum air dengan secukupnya?
PENUAAN PRA-MATANG
Tahu tak, kurang minum air boleh menyebabkan kita cepat tua? Takut tak? Orang yang kurang minum air kena berjaga-jaga lah.
Jumlah air dalam badan kita akan semakin berkurang apabila usia kita semakin meningkat. Sebab itu, kita digalakkan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau secukupnya diperlukan oleh badan.
Penuaan pra-matang akan lebih jelas kelihatan pada kulit muka. Macam mana tanda penuaan tu?
* Garis-garis halus mula kelihatan.
* Kedut-kedut halus terutama pada bahagian ekor mata.
* Jeragat mula timbul.
KULIT MENJADI KERING
Tahu tak, organ paling besar pada tubuh manusia adalah kulit. Kulit kering merupakan petanda awal kepada dihidrasi (dehydration).
Nak tahu macam mana badan kita kekurangan air?
Apabila tubuh kita kurang menghasilkan peluh, itulah salah satu tanda anda kekurangan air.
Apabila kita kurang berpeluh, badan kita tidak berupaya untuk mencuci kekotoran dan minyak terkumpul dalam badan kita, paling bahaya adalah apabila toksin tidak dikeluarkan dari badan kita.
Nampak tak betapa pentingnya air kepada kulit kita. Jangan fikir air hanya untuk kulit, air penting untuk seluruh tubuh kita.
Macam mana kalau anda seorang yang kurang minum air?
Buat satu target harian untuk minum air. "Hari ini saya nak minum 8 gelas air!"
Mula-mula memang susah nak ikut target yang kita buat, cuba buat selama 40 hari berturut-turut. Lama-lama ia akan sebati dengan diri kita.
>>>TARGET HARIAN MINUM AIR<<<
1. Bangun tidur : MINUM 2 GELAS AIR
(seeloknya air suam kerana ia bagus untuk buang keluar bahan-bahan yang diproses semasa kita tidur dari badan).
2. Sarapan : HIRUP AIR bersama sarapan jika perlu.
3. Antara sarapan dan makan tengahari : MINUM 1 GELAS AIR (sekurang-kurangnya)
4. 30 - 45 minit sebelum makan tengahari : MINUM 1 GELAS AIR ( sekurang-kurangnya)
5. Makan tengahari : HIRUP AIR bersama makan tengahari jika perlu.
6. Antara makan tengahari dan makan malam : MINUM 1 GELAS AIR ( sekurang-kurangnya).
7. 30 - 45 minit sebelum makan malam : MINUM 1 GELAS AIR ( sekurang-kurangnya)
8. Makan malam : HIRUP AIR bersama makan malam jika perlu.
9. Antara makan malam dan sebelum tidur : MINUM 1 GELAS AIR ( sekurang-kurangnya)
Dinasihatkan supaya tidak minum air 15 minit sebelum tidur kerana kecenderungan untuk anda bangun malam untuk kencing adalah tinggi.
Pesanan: Minum air dalam keadaan duduk sama seperti anda duduk untuk makan.
1- Untuk melancarkan proses pencernaan
2- Adab makan.
ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PRODUK 'SKIN CARE' YANG SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT.
*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Athirah: tq atas tips tersebut
ReplyDelete