CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!
Assalamualaikum dan Hi ^^
Setiap orang pernah mengalami sakit gigi kan? Hanya tuhan je yang tahu betapa sakitnya sakit gigi tu. Orang yang pernah merasainya je yang tahu perasaan tu. Kalau boleh nak sembunyi kat tempat sunyi dan gelap sebab tempat yang terang dan bising tu lagi menambahkan kesakitan tu. Rasa macam nak tampar orang je kan. Kalau tengah buat kerja pun tak fokus. Kalau boleh tak nak sentuh atau ambil tahu langsung pasal kerja tu.
Kalau yang kronik tu, migrain pun datang menempel sekali. Haa lagi tambah double triple kesakitan tu. Dah laa gigi tengah sakit, gusi berdenyut tambah pulak sakit kepala. Korang memang confirm tak boleh tidur pastu jadi sensitif pulak keluar air mata semua. Kalau sakit yang dirasai untuk sehari tu dah macam apa, bayangkan kalau berlarutan hingga dua ke tiga hari. Macam ada je yang kena tampar kan.
Saya pun pernah mengalaminya bukan sekali sekala tapi berkali kala sudah. Harapnya kesakitan tu taklah sampai berlarutan hingga dua ke tiga hari. Datang pulak kesakitan tu secara tiba-tiba. Pastu tambah pulak sakit kepala. Hanya air mata je mampu mengalir sambil menahan kesakitan. Tengah sakit tu pun sempat lagi 'google' macam mana nak hilangkan kesakitan tu.
Antara cara atau petua hilangkan sakit gigi yang saya cuba adalah:
1. Gigit bunga cengkih (/)
Gigit 3-5 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan masukkan ke tempat yang berlubang dan tutup dengan kapas. Korang akan rasa sedikit pedih tapi jangan risau ia amat mujarab. Bila time sakit cenggini badan jangan manja sangat. In shaa Allah kesakitan itu akan beransur hilang.
2. Kumur dengan air garam (/)
Bancuh satu sudu kecil garam dengan air suam. Kacau hingga larut dan kumur beberapa kali air garam itu hingga habis. Jangan telan pula air garam tu.
3. Tomato muda (/)
Ambil satu biji buah tomato muda dan hiris halus. Kemudian letakkan tomato tadi ke tempat yang sakit. Andaikata gigi korang ada ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya. Setelah kesakitan pada gigi tadi beransur hilang, kumurlah dengan air.
Jangan risau kalau 'ada' ulat keluar dari gigi anda. Biarkan ia keluar supaya gigi anda tak rasa sakit lagi.
4. Bawang putih (/)
Hiris atau tumbuk bawang putih hingga lumat dan letakkan pada tempat yang sakit itu. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam. Korang akan rasa sedikit pedas bawang putih. Teruskan walau terasa peritnya. ^^ In shaa Allah, kesakitan itu akan hilang.
5. Lidah buaya
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya 2-3 jam. Selepas itu bolehlah dibilas dengan air.
6. Habbatus Sauda
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam dan letakkan dalam gigi yang berlubang itu.
7. Daun serai
Ambil daun serai dan tumbuk hingga hancur atau lumat. Masukkan ke dalam air panas dan tambah sedikit garam. Tunggu sejuk atau suam-suam kuku dan kumur beberapa kali atau hingga habis.
Kalau nak buat stok untuk kumur jangan lah kumur sampai habis. Itu pun kalau korang malas nak buat banyak kali laa..
8. Asam jawa
Goreng asam jawa selama beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan tersebut hingga hancur dan tampalkan pada tempat yang sakit.
Saya tak buat pun petua nie sebab leceh, tambah pulak kalau tengah sakit memang tak lah saya nak buat. Korang boleh buat atau guna petua nie bila gigi korang tak sakit. Buat stok awal-awal dan guna bila korang sakit gigi.
9. Minyak gamat
Tak ramai orang tahu petua nie, mungkin orang-orang tua dulu yang amal petua nie Letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapu pada tempat yang sakit.
10. Listerine
Kumur dengan bahan kumur iaitu Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi korang. Kumur sekurang-kurangkan 3 kali sehari selepas gosok gigi.
11. DOA!
Haaa~ dah cuba semua petua di atas kan? Di samping korang cuba amalkan petua tu jangan lupa doa dan mintak dengan Allah s.w.t. Dan jangan kita lupa bahawa yang memberi kesakitan dan kesembuhan itu adalah Allah s.w.t.
Bagi memudahkan korang supaya korang tak susah-susah 'google' untuk cari doa hilangkan sakit gigi, di sini saya sertakan sekali.
google image |
Yang bawah nie doa yang saya amalkan sebelum saya jumpa doa yang atas nie. ^^
Okay, nie saya nak bagi cara mudah nak hilangkan sakit gigi yang berdenyut tu. jeng jeng jeng!
CARA MUDAH HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE!
1. GARLIC COMPLEX
Antara khasiat garlic complex shaklee adalah:
> Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit
> Melumpuhkan radikal bebas yang menganggu sistem kekebalan tubuh
> Mengelakkan pertumbuhan sel kanser
> Menstabilkan gula darah
> Merawat kembung perut / gastrik / ketidakhadaman
> Merawat asma / selsema / batuk
> Meredakan stress
Kalau dulu saya sangatlah tak suka dengan bau garlic nie, tapi disebabkan saya alami masalah kesihatan yang macam macam memaksa saya untuk menelan pil garlic nie. Sekarang dah jadi alah bisa tegal biasa. siap jadi favourite lagi. Best sangat! Kalau korang tak suka bau garlic, tu mula-mula je. Nanti dah lama dah tak rasa apa-apa. Percayalah (sambil nyanyi lagu siti)
Masa saya sakit gigi hari tu kan, saya hilang arah seketika sebab tak tahu nak buat apa untuk hilangkan sakit gigi tu. Dah laa pil penahan sakit tak ada. Tiba-tiba saya teringat yang garlic complex nie boleh hilangkan sakit gigi. So, saya makanlah. Korang jangan expect makan jam tu, jam tu juga hilang sakitnya. hahaha. Saya dapat rasa effect makan garlic complex tu pada keesokan harinya. Denyut gigi saya tu dah kurang. Tak sakit sangat macam masa mula-mula kena. Kalau skala 10, saya bagi 9 per 10. So, hanya 1 per 10 je kesakitan yang saya rasa. Then, lama-lama dah hilang. Sekali dengan migrain saya hilang. ^^
2. OSTEMATRIX
> Mengurangkan risiko osteoporosis
> Membantu mengurangkan migrain
> Membantu merawat tulang retak
> Mengurangkan kekejangan dan kebas-kebas
> Memperbaiki depresi / mood swing
> Mengimbangi tekanan darah
> Memelihara denyutan jantung
> Mengurangkan symptom PMS
> Membantu mengimbangi PH tubuh
> Membantu sel menyerap nutrien
Ostematrix nie bagus untuk tulang. Kalau korang makan 1 biji ostematrix nie diibaratkan korang minum 1 gelas susu dan 80 biji badam. Bagi yang kurang minum atau tak suka minum susu boleh ambik ostematrix nie sebagai pengganti. Haa... bagus juga untuk gigi. Gigi korang pun dapat cukup kalsium. Banyak khasiatnya.
Bukan saje sakit gigi saya hilang malah tubuh saya dapat khasiat lain sekali. Best sangat!
Nak tahu lebih lanjut?
Call me at:
PM: 017-9859410 [whatsapp sahaja]
ID: 1223283 [pengedar sah shaklee]
*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Wah. Banyak nya info pasal sakit gigi. Mmg kalau kena. Boleh refer tips sis ni ye. Sakit gigi. Tuhan saje yang tahu . Hukhuk.
ReplyDeleteAah..memang sakit sangat. Sebab dah lalui so nak share laa tips nie. Mana tahu dapat membantu orang yang memerlukan.^^
Delete