RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)


Annyeong haseyo!


Okay untuk post kali nie, saya nak share resepi dari negara Korea yang mana ia sangat senang dan mudah iaitu BIBIMBAP. 

Kalau anda merupakan peminat dan pernah menonton cerita korea, bibimbap nie mesti ada, lagi-lagi kalau cerita tu tentang makanan. Fuhh terliur kot tengok. 

Kalau anda semua nak tahu Bibimbap nie merupakan makanan rasmi bagi rakyat Korea. Bibimbap dan Korean memang tak dapat dipisahkan. 

Sebenarnya apa maksud bibimbap nie? Dari tadi duk sebut-sebut kan. Bibimbap nie maksudnya 'nasi campur'. Dimana bibimbap terdiri daripada nasi putih > sayur-sayuran > sos gochujang > telur goreng separuh masak. 

Cara makan pun tersangat senang iaitu dengan mengaul kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk.

Sebelum tu nak credit untuk owner resepi nie. >>> TEKAN SAYA! <<<

Alhamdulillah, lepas first try resepi dia terus kena dengan selera tekak. So, sampai sekarang duk guna resepi dia. Memang terbaik lah. Untuk resepi saya buat sedikit olahan supaya kena dengan selera saya. gittuuwww~

Nah, malas nak membebel panjang. Jom kita tengok resepi .:.

.:. BIBIMBAP .:.



TOPPING 

Sayur bayam
Lobak merah 
Cendawan enoki 
Cendawan Shitake
Telur
Isi ayam
* Bawang putih (1 labu atau lebih tengok banyak mana isi ayam yang digunakan, diketuk)
* Halia (1-2 inci, diketuk)
* Kicap soya (agak-agak je, tengok banyak mana isi ayam digunakan)
* sedikit madu
* garam (tengok banyak mana isi ayam digunakan)

Beras sushi
Minyak bijan 
Bijan ( dipanggang)
Ais 

SOS GOCHUJANG

Taucu 
Serbuk cili
Gula
Air panas

STEP 1 : PERAP ISI AYAM

Banyak mana isi ayam nie diperlukan? Okay untuk resepi saya, saya buat ikut suka hati mengikut selera saya. So, terpulang kepada anda nak guna banyak mana. Tiada sukatan diperlukan. Yang penting ambil isi ayam. Kan kalau letak tulang ayam kan tercekik pula nanti kan.

Potong isi ayam nipis-nipis dan bersihkan. Gaul bersama garam, bawang putih, halia, kicap soya dan sedikit madu. Perap isi ayam selama 2 jam atau lebih dan letakkan ia ke dalam peti. Lagi lama lagi sedap. Kalau nak makan tu, baru goreng perapan isi ayam tadi dengan sedikit minyak dan goreng hingga masak.

STEP 2 : MASAK NASI

Masak nasi nie paling senang. Basuh dan tanak atas dapur atau periuk eletrik. Part nasi nie saya guna beras sushi jenis Calrose short grain, brand Sakura. Beras nie boleh didapati di supermarket atau hypermarket berdekatan dengan anda. Saya beli di Giant. 



Cara-cara nak masak beras sushi nie boleh tengok kat belakang paket beras tu. Untuk sukatan air tu, pastikan ikut arahan pada paket beras tu kalau tak mesti terkurang air la, terlebih air laa. Haa~ kalau nak dapat nasi yang cantik so ikut arahan yaa~

STEP 3 : HOMEMADE SOS GOCHUJANG


Kalau anda nak mudah boleh je cari sos gochujang di supermarket atau hypermarket tapi tak jamin laa kan sebab tak ada pengiktirafan sijil halal dari JAKIM tapi ada je untuk certain brand diiktiraf oleh JAKIM macam 'NONGSHIM' , 'LOTTE'. Macam biasalah perasaan was-was tu memang tetap ada bagi kita yang bergelar Muslim nie kan. So, nak selamat better buat sendiri.

4 sudu makan taucu dilumatkan. Saya guna taucu manis jenama Yeo's sebab ia tak masin sangat. Lepas tu masukkan 2 sudu makan atau lebih serbuk cili ikut citarasa anda. Bagi yang suka pedas tu tambahlah lagi. Then, masukkan air panas sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang anda mahu. Akhir sekali masukkan gula sedikit demi sedikit mengikut kadar manis yang anda mahu. Lepas gaul semua calit sikit dekat lidah rasa okay ke tak. Part last, panaskan sos gochujang atas dapur dengan api kecil sampai mendidih then tutup api. Ketepikan

STEP 4: BOIL-FRY SAYUR-SAYURAN A.K.A TOPPING



KAEDAH BOIL: (Panaskan air dengan 1 sudu garam sampai mendidih. Tutup api.

1) BAYAM: Siang sayur dan bersihkan bayam. Masukkan bayam ke dalam air yang mendidih tadi dan biarkan seketika. Toss kan air dan rendam ke dalam mangkuk yang berisi air dan ais. Perah lebihan air dari sayur bayam dan gaul dengan minyak bijan ke dalam mangkuk lain. Tabur bijan panggang dan ketepikan.


2) CENDAWAN ENOKI: Potong bahagian hujung cendawan dan basuh bersih. Celur seketika ke dalam air yang mendidih, toss kan air dan rendam ke dalam air yang berisi ais. Kaedah yang sama macam bayam. Perah lebihan air dan gaul dengan sedikit minyak bijan. Tabur bijan panggang dan ketepikan.



KAEDAH FRY:

3) CENDAWAN SHITAKE: Bersihkan cendawan dan potong. Kemudian panaskan kuali dan goreng seketika. Boleh lebihkan cendawan sebab cendawan nie akan kecut bila digoreng. Tabur bijan panggang dan ketepikan.



4) LOBAK MERAH: Lobak dipotong 3 dan dihiris nipis memanjang. Kemudian goreng di atas kuali sehingga agak lembut. Tabur bijan panggang dan ketepikan.



5) TELUR: Goreng telur separa masak di atas api yang kecil.

STEP 5: SUSUN IKUT KREATIVITI

Okay, lepas dah buat kesemua step 1- 4, kini tiba masa untuk anda guna kreativiti anda dalam makanan. Orang putih kata 'THE ART OF FOOD'.

Sediakan mangkuk dan bentukkan nasi menjadi separa bulat. Anda boleh guna mangkuk kecil untuk bentukkan nasi tu. Lepas tu susun topping kat atas nasi tu then letak sos gochujang.


Bibimbap nie wajib dimakan dengan sos gochujang dan taburkan sedikit minyak bijan dan bijan panggang. mmm...mamma mia!

GAUL-GAUL >>> MAKAN!

Gerenti puas hati!

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !