#TIPSCANTIK 7 : GUNA MEKAP YANG SESUAI DENGAN JENIS KULIT ANDA !


Nak beli mekap jangan sembarangan tau !

Kalau boleh cuba beli alat mekap yang ada 'non-comedogenic' atau 'non-acnegenic' pada label, di mana ia telah dikhususkan untuk menghalang jerawat dan ia tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat.

Mengapa kedua-dua jenis label ini penting?

Sebenarnya kedua-dua jenis label ini adalah benda yang sama. Di mana fungsinya adalah untuk memberitahu bahawa produk itu tidak menyebabkan liang pori anda tersumbat yang menjadi punca jerawat tumbuh.

Bukan sahaja produk skincare sahaja yang kena pilih, nak beli beli alat mekap pun kena pilih yang sesuai dengan jenis kulit muka. 

Bukan apa, ini bagi mengelakkan liang pori anda tersumbat. Katakanlah jenis kulit muka anda berminyak takkan anda nak pilih alat mekap yang jenis oily kan, betul tak?

Nanti semakin meriah jerawat anda muncul di muka. Mengapa?

Orang jenis kulit berminyak semestinya menghasilkan minyak muka berlebihan yang menyebabkan liang pori mereka tersumbat dan sekiranya mereka memakai mekap jenis oily based semestinya liang pori anda akan semakin tersumbat. Dah double tersumbat liang pori anda.

Kalau boleh sebelum membeli apa-apa jenis mekap, saya sarankan anda buat 'research' sikit pasal produk mekap yang anda nak beli itu.

Bak kata orang tua, alah membeli menang memakai, biar puas hati gitu.

Untuk sesiapa yang suka memakai alat mekap bolehlah amalkan tips di bawah ini:

1) Pastikan anda TIDAK memakai alat mekap yang LAMA!. Lebih-lebih lagi produk skincare yang berasaskan makanan kerana ia mempunyai tarikh luput. Penggunaan selepas tarikh luput mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

2) Cuba guna alat mekap yang jenis 'mineral based' atau 'water based', bukannya jenis 'oil based' kerana ia akan membuatkan kulit anda nampak kusam dan berminyak.

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PRODUK 'SKIN CARE' YANG SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT.

*DISCLAIMERThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !