#TIPSCANTIK 6: JANGAN SENTUH MUKA ANDA !


Apa! tak boleh sentuh muka?

Betul! JANGAN sesekali menyentuh muka anda.

Menyentuh muka adalah menjadi satu tabiat yang memang kita tak dapat elak. Mungkin sekarang anda sedang menyentuh muka anda.(Baik ngaku cepat!)

Jadi, apa salahnya menyentuh muka? Tak salah nak sentuh muka anda tetapi cuba fahami SEBAB nya dahulu.

1) BAKTERIA TERSEBAR
 
Kalau nak tahu tangan kita mengandungi berjuta-juta bakteria. Anda nak ke sebarkan bakteria ke muka anda? 

Menyentuh muka dengan tangan BUKAN penyebab muka kita berjerawat TETAPI pencetus kepada muka berjerawat.

Haa~ macam mana tu?

Jerawat terjadi disebabkan:

+ Minyak berlebihan (excess oil)

+ Sel kulit mati berlebihan (excess shedding skin) 

+ Bakteria jerawat (prone acne bacteria) 

2) JERAWAT BERTAMBAH TERUK

Bagi yang mengalami muka berjerawat adalah sangat disarankan agar TIDAK MENYENTUH MUKA anda kerana ia akan menjadi lebih teruk. 

Dengan menyentuh jerawat itu sendiri, anda telah menyebabkan bakteria yang ada di dalam jerawat itu meletus dan ia mula tersebar ke tempat lain lantas menjadikan jerawat anda bertambah.

3) TERJADINYA 'EYE BAG'

Dengan menyentuh kawasan mata dengan kasar menyebabkan keanjalan kulit berkurang dan menyebabkan salur darah pecah. 

Dan kawasan mata adalah kawasan kulit yang paling nipis dan kapilari bawah kulit ini lebih terdedah kepada kerosakan dan kebocoran yang menjadi punca kepada 'purple bag' (eye bag)

 4) ROSAKKAN MEKAP ANDA

Ini memang tidak dapat dinafikan lagi mengapa anda tidak boleh sentuh muka anda. Dah mekap berjam-jam lepas tu hanya tersentuh sedikit sahaja mekap tu dah jadi comot. Memang stress kan?

Macam mana nak kawal tangan daripada menyentuh muka?

Amalkan tips ini:

1) Pastikan 'hand sanitiser' ada dalam handbag atau pastikan ia berada dekat dengan anda dan gunakan ia sebelum memakai mekap atau keperluan yang memerlukan anda menyentuh muka anda seperti menggaru / gatal.

2) Pastikan telefon anda sentiasa bersih. Ada satu kajian menyatakan bahawa 92% daripada telefon yang diuji mempunyai bakteria, di mana 16% adalah bakteria E.coli. Nampak tak betapa kotornya telefon kita. Sebab tangan kita memegang macam-macam jenis benda.

3) Minta tolong dengan rakan-rakan atau saudara mara anda untuk ingatkan anda sekiranya anda mula menyentuh muka.

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PRODUK 'SKIN CARE' YANG SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT.

 
*DISCLAIMERThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !