SENARAI PRODUK KOSMETIK YANG DIHARAMKAN OLEH KKM !
Okay, kali ini saya nak kongsi tentang ANTARA PRODUK KOSMETIK YANG DIHARAMKAN OLEH KKM!
Mengapa ia diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Ini disebabkan produk tersebut mengandungi bahan terlarang yang mana ia beracun dan berbahaya kepada pengguna.
Produk apa yang diharamkan oleh KKM tu?
Sumber ini diambil dari BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI yang mana antara produk tersebut telah diSAHkan tidak selamat untuk digunakan.
Kebanyakkan racun atau bahan merbahaya yang dikesan di dalam produk kosmetik adalah "HYDROQUINONE" dan "TRETINOIN".
Mengapa 2 jenis bahan tersebut digunakan di dalam kosmetik?
Kalau nak tahu, 'hydroquinone' merupakan agen pemutih yang berfungsi untuk membunuh 'melanocytes', sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Melanin amat penting kepada kulit kerana ia bertindak sebagai pelindung cahaya matahari.
Manakala 'tretinoin' berfungsi untuk merawat jerawat.
Nampak macam bagus kan fungsi 2 jenis bahan tu, akan tetapi ia amat merbahaya kepada kita. Oleh itu, sebelum membeli mana-mana jenis produk kosmetik PASTIKAN anda selidik dahulu bahan apa yang digunakan.
ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PRODUK 'SKIN CARE' YANG SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT.
*DISCLAIMER: These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any
disease.
Comments
Post a Comment