AWAS! BAHAYA HYDROQUINONE - RACUN DALAM KOSMETIK !


  "NAK CANTIK TAPI DAPAT PENYAKIT"

Penggunaan 'hydroquinone' di dalam industri kosmetik sedang berleluasa sekarang ini. Apa yang bagusnya 'hydroquinone' nie? Sebelum itu, kita fahami dahulu apa itu 'hydroquinone'.

Apa itu hydroquinone?

Hydroquinone merupakan sejenis bahan kimia yang terdapat di dalam kosmetik yang berfungsi sebagai agen pemutih dan untuk mengurangkan pigmentasi yang berlaku kepada kulit

Penggunaan 'hydroquinone' bertujuan untuk membunuh melanocytes iaitu sejenis sel yang bertindak dalam menghasilkan melanin. Apabila melanin tidak dapat dihasilkan, kulit akan kelihatan cerah dan putih.

Apa fungsi melanin?

Melanin dihasilkan sebagai pelindung muka kita daripada sinar ultraviolet.

Terdapat 2 jenis hydroquinone yang dibenarkan di Malaysia iaitu 'Hydroquinone 2%' dan 'Hydroquinone 4%'

Menurut Pusat Racun Negara, hanya 'hydroquinone 2% yang dibenarkan. Manakala, 'hydroquinone 4%' hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak doktor. Pakar kecantikan TIDAK DIBENARKAN menggunakan hydroquinone 4%.
 
Namun, kini penggunaan hydroquinone di dalam kosmetik telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia menjadi racun dan merbahaya kepada pengguna.

Kalau anda nak tahu, kesan pencerahan 'hydroquinone' hanya bertahan selama 4 hingga 6 bulan sahaja dan ia tidak berkekalan

Mengapa hydroquinone merbahaya?

SENSITIF KEPADA CAHAYA MATAHARI (Photosensitivity)

Jika anda pernah menggunakan kosmetik yang mengandungi hydroquinone, pasti anda perasan akan perubahan pada kulit muka anda kan?

Dan perubahan ini paling banyak berlaku kepada pengguna kosmetik yang mengandungi hydroquinone.

Kulit anda tiba-tiba sensitif kepada cahaya matahari. Jika terkena cahaya matahari, pasti kulit anda akan rasa terbakar dan kemerah-merahan. Betul tak?

Itu menunjukkan muka anda sudah tiada lagi perlindungan daripada cahaya matahari sebab melanin tidak dapat dihasilkan lagi.

Apabila muka anda tiada lagi pelindung matahari, pigmentasi yang berlaku akan bertambah parah lalu menyebabkan kulit anda menjadi hitam dan tebal.

REAKSI ALLERGI
Kebanyakkannya, pengguna akan mengalami masalah kulit yang sangat teruk dan rosak selepas memakai kosmetik yang mengandungi hydroquinone.

Ini menunjukkan anda alergi terhadap bahan kimia tersebut. Bagaimana kita nak tahu bahawa kita alergi atau tidak terhadap hydroquinone?
1) Kulit terbakar dan terasa pedih

2) Gatal-gatal

3) Masalah sukar bernafas

4) Muka / tekak / mulut membengkak
Apabila anda mengalami antara tanda-tanda tersebut, cepat-cepat buat rawatan kecemasan atau dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

Haa~ kan dah jadi satu masalah dekat situ. Betul tak?

Nasihat saya, sebelum mencuba sesuatu produk pastikan anda semak dahulu bahan apa yang terkandung dan dapatkan nasihat yang lebih pakar agar anda tidak merana di masa hadapan.


ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PRODUK 'SKIN CARE' YANG SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI?


KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT.


*DISCLAIMERThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !