WORK TO LEARN!

Assalamualaikum dan hai!

source: Google Image

First impression apabila anda baca kata-kata oleh Robert Kiyosaki, apa yang anda fikir?

Terkesan atau tak rasa apa-apa? Kalau anda rasa terkesan TAHNIAH! anda masih berada di alam nyata.  Kenapa aku cakap macam tu? Sebab... kata-kata itu mampu menyedarkan anda yang kita kena sentiasa bekerja bukan semata-mata hanya nak cari duit, dalam masa yang sama kita kena belajar. Bagi yang tak rasa apa-apa TAHNIAH! anda masih sedar yang anda telah TUA. Hahaha, jangan marah naa~  

Aku pula?

First impression aku bila aku baca, aku rasa 'WOW'!

Kenapa?

Sebab, sekarang aku tengah fikir bagaimana nak buat duit dan cari duit. Segalanya tentang duit. Alah~siapa yang tak nak duit kan. Walhal, budak kecil pun dah pandai mintak duit. Dunia sekarang semua tentang duit. Siapa yang masih muda, kita geng!

Jujur aku katakan, aku juga tergolong dalam kalangan 'work for money' dan aku tak terfikir pun nak 'work to learn'. Sejak habis zaman belajar, hanya fikir duit je. Sebab apa? Sebab aku banyak komitmen! Siapa kata orang 'single' nie tak ada komitmen? Mari nak bagitahu.

Komitmen orang 'single':

* Hutang PTPTN
* Hutang kereta (bagi yang beli kereta)
* Hutang rumah (bagi yang sewa dan beli)
* Nak kahwin
* Bil telefon/topup/internet
* Hadiah dari segi duit untuk parents (takkanlah tak bagi duit kat parents kan)
* etc

Yang kahwin tu jangan memandai nak komen sebab itu memang tanggungjawab anda. keke

Ini bukan untuk membuat anda rasa 'panas', aku hanya nak bagitahu yang 'single' pun banyak komitmen. Realiti zaman sekarang tak macam dulu.

Ada juga ilmu yang aku dapat dalam slot 'motivasi diri' nie. 

So kesimpulannya, kita kena sentiasa 'setting mindset' kita agar sentiasa 'work to learn not work to earn'. Tak rugi pon, sebab apa yang kita dapat mengajar kita agar sentiasa membetulkan dan membaiki kerja kita dari kesilapan masa lalu. Dari situ produktiviti kita sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Dan tidak semena-mena duit anda pun bertambah. 2 in 1, kerja bagus duit pun masyuk! Gittew~

Sekian..


Terima kasih!







Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !