WAKE UP!

Assalamualaikum dan Hi!



Alahaii.. kata-kata dari J.M Power memang POWER laa~ Ada ke patut suruh aku 'wake up from my dreams'. Bagi caan laa.. sikit lagi aku pasti jadi billionaire dah, tapi dalam mimpi je laa. hahaha

Okay, I'm still dreaming and always dreaming. I don't know when I want to wake up until Power wake me up with his words. Oh man~

Untuk bangun dari mimpi yang indah amat payah jika kita masih lagi dibuai dengan angan-angan mat jenin. Itu oke laa sikit. Kalau mimpi benda entah hape-hape, tak ke naya.. Dah laa mimpi benda mengarut, tak nak bangun pulak tu.. haishh nampak sangat pemalasnya tu.. Control laa sikit. Alahaii..

Aku selalu jugak laa berangan nak buat tu buat nie tapi kerjanya tak jalan. Harap berangan je lebih. Tak membangun langsung hidup aku nie. Sampailah aku ditemukan dengan insan-insan yang tak pernah putus-putus memberi nak menaikkan motivasi aku untuk buat sesuatu sampai jadi. Power lah marketing diorang sampai aku terjebak dan kaki aku mula mengorak langkah untuk buat kerja sampai jadi. Aku ulang.. 'SAMPAI JADI!'

Eh.. bukan senang tau nak yakinkan aku untuk buat sesuatu sampai jadi. Aku memang nampak berminat nak mencuba tapi tak pernah jalan. Kalau tanya kawan kawan yang rapat dengan aku, aku rasa diorang pun dah malas nak consult aku. Hahaha.. Degil betulkan hati aku nie. Aku nie dah laa spesis yang bukan senang nak percayakan sesuatu produk tu. Terima kasih kepada yang tak pernah berhenti consult saya! huhu .. Me Heart You Uols. :)

Apa yang boleh aku katakan dekat sini. mimpi lah sejauh mana pun kita nak mimpi, tapi kita kena ingat bahawa dengan mimpi takkan bawa kita ke mana tanpa ada tindakan dari diri kita sendiri.  

Mimpi aku nak jadi bilionaire! Mampukah aku? Mampukah kamu? Tak mustahil sebab kita lebih daripada mampu jika kita MAHU!


JOM KITA JADI BILLIONAIRE RAMAI-RAMAI!..


Dah kaya raya tu bantulah kawan kawan kita yang lain pulak biar diorang pun jadi BILLIONAIRE macam kita.

Bagus juga kata-kata motivasi nie. Aku yang tengah menaip pon berkobar kobar jiwa aku nak jadi BILLIONAIRE!.. hahaha

Moga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada kalian.


Sekian~

Terima kasih daun keladi!


Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

CARA ATASI MASALAH KULIT KUSAM DAN TIDAK BERMAYA | TERBUKTI BERKESAN !