#TIPSCANTIK 2: MENCUCI MUKA 2 KALI SEHARI



Mencuci muka tidak lebih dari 2 kali sehari. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang atau malam.

Setiap orang mempunyai kulit yang berbeza dan memerlukan produk yang berbeza untuk kulit muka mereka.

Apakah tujuan kita mencuci muka?

Tujuan kita mencuci muka adalah untuk membersihkan kotoran dan kuman yang melekat di wajah kita. Terutama pada waktu pagi dan petang. Selain itu, kita mencuci muka adalah untuk membersihkan minyak yang berlebihan tanpa menanggalkan semua minyak muka.

Apa yang perlu kita ambil kira semasa mencuci muka?

1) Memilih pencuci muka berdasarkan jenis kulit anda, berapa kerap anda pakai mekap dan berapa kerap anda bersenam.

Sebagai contoh, untuk kulit muka yang berminyak memerlukan pembersih yang mempunyai nilai pH yang rendah. Manakala untuk kulit sensitif, anda perlu mengelakkan daripada menggunakan pembersih yang mempunyai banyak bahan kimia.

2) Elak gunakan sabun biasa kerana ia terlalu keras untuk kulit muka dan boleh hilangkan minyak semulajadi muka.

3) Digalakkan membilas muka dengan air suam atau air sejuk. Elakkan membilas dengan air panas kerana air panas menanggalkan minyak semulajadi yang sihat dari kulit anda dan boleh menyebabkan kulit muka melecur.

4) Anda perlu mencuci muka selepas melakukan aktiviti senaman untuk menyingkirkan peluh, kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan liang pori anda tersumbat.

APAKAH PRODUK 'SKINCARE' YANG SESUAI UNTUK ATASINYA?


KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT!

*DISCLAIMERThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Comments

Popular posts from this blog

CARA ATASI SAKIT GIGI BERDENYUT!

RESEPI BIBIMBAP (KOREAN FOOD)

VITAMIN C SHAKLEE- BANTU HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN!