Posts

Showing posts from 2018

TIPS UNTUK DAPATKAN RAMADHAN YANG PRODUKTIF DAN BERTENAGA!

Image
Assalamualaikum dan hai semua! Sumber: Google Image Sihat atau tidak kalian pada hari ini? Sihat atau tidak, jangan lupa sentiasa ucapkan Alhamdulillah. Bukan apa, marilah kita sama-sama bersyukur atas apa jua pemberian Tuhan pada kita. Okay, memandangkan lagi beberapa bulan kita nak masuk bulan Ramadhan, di sini  Fitrah nak kongsikan beberapa tips macam mana kita nak hadapi bulan Ramadhan dengan penuh nikmat dan tawadhuk tanpa perlu memikirkan hari ini nak sahur makan apa, esok nak makan apa.  Kalau boleh kita nak jalankan ibadah puasa dengan penuh tawadhuk kan. Bukan senang kita nak bertemu dengan bulan Ramadhan nie kan. Sudahlah datang nya hanya setahun sekali, nak rebut pahala dengan sebanyak-banyaknya pun hanya sebulan sahaja. Bukan senang tau. Kita pun tak nak lepaskan peluang keemasan nie.  Mesti anda semua tertanya-tanya mengapa awal sangat Fitrah buat entry pasal puasa. Hehe. Fitrah buat entry ini sebagai persediaan menjelang datangnya bulan ramadhan.